Azhar benar usul Anwar berkenaan penjualan aset Petronas dirunding

Anwar Ibrahim - Foto fail Bernama
Anwar Ibrahim - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan laporan Petronas yang telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion untuk dirundingkan.

Azhar berkata, usul yang dibawa oleh Anwar itu akan dirundingkan dalam satu kamar khas pada jam 2.30 petang pada Rabu.

“Saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Ketua Pembangkang pada Isnin.

“Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu mematuhi tiga syarat.

“Seperti biasa syarat pertama ia perkara tertentu, syarat kedua adalah bagi kepentingan orang ramai dan ketiga hendaklah disegerakan,” katanya.

Anwar (PH-Port Dickson) sebelum itu memohon usul laporan Petronas menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ia berikutan desakan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2021.

Menurut Anwar, penjualan aset di Azerbaijan dan pembayaran dividen kepada kerajaan menjejaskan masa depan Petronas.

Artikel Berkaitan:

“Tindakan seperti ini menyebabkan JP Morgan mengeluarkan Petronas dari ESG Emarging Bon Market Index dan ESG Asia Credit Index,” jelasnya.

Tegasnya, Petronas sebagai institusi penting ekonomi negara sewajarnya diperkukuh kekuatannya di samping penarafan syarikat itu tidak dilemahkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!