Biogeotrail Kubang Badak
27 Oktober 2021 01:50pm
Masa membaca: 4 minit
Kumpulan media yang menyertai program Ekspresi Media anjuran Tourism Malaysia ke Biogeotrail Kubang Badak baru-baru ini.Lawatan ke Langkawi mungkin tidak lengkap jika tidak meneroka Biogeotrail Kubang Badak di Sungai Kubang Badak yang merangkumi 12 geotapak, antaranya Bukit Menora, Sungai Siam dan Gua Pinang.
Pemandu pelancong bertauliah di Langkawi, Iqramullah Othman, 22, menunjukkan tapak kebuk arang berusia 150 tahun di Bukit Menora yang terletak dalam hutan paya bakau kepada Kumpulan media yang menyertai program Ekspresi Media anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini.
Keindahan dan keunikan bentuk batu kapur di Biogeotrail Kubang Badak.Berkongsi cerita mengenai Biogeotrail Kubang Badak, Iqramullah Othman, 22, berkata mereka yang ingin mengunjungi tapak-tapak berkenaan boleh menyewa bot di Jeti Nelayan Kubang Badak dengan kadar sewa minimum RM250 sejam (lapan penumpang) bagi menelusuri Sungai Siam yang biasanya mengambil masa dua hingga tiga jam.
Seramai 10 pengamal media dari pelbagai organisasi menyertai program tersebut yang diadakan buat julung-julung kalinya dengan kerjasama bersama syarikat penerbangan AirAsia, berlangsung selama empat hari bermula 11 Okt lalu. - Foto Bernama