Pulau Pinang tidak akan bayar apa-apa: Kon Yeow

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang masih dengan pendiriannya, tidak akan membuat sebarang bayaran sebagai 'bayaran pajakan' kepada Kedah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan Persekutuan juga tidak perlu membayar sebarang tuntutan luar daripada perjanjian sedia ada.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membayar apa-apa kepada Kedah.

"Kerajaan Persekutuan juga tidak perlu melayan apa-apa tuntutan yang luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada," katanya ringkas melalui mesej melalui aplikasi Whatsapp pada Rabu.

Kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti sebanyak RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi pajakan negeri Pulau Pinang.

Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor berkata, tuntutan itu adalah salah satu permohonan kerajaan negeri dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Katanya, selama ini Kedah hanya menerima bayaran pemberian khas sebanyak RM10 juta setahun bermula 2018 dan royalti sebanyak RM10,000 setahun sejak pajakan itu bermula pada 1786.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!