Sasterawan negara, Kemala meninggal dunia

Kemala
Kemala
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sasterawan negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya, Kemala, meninggal dunia di rumah anak lelakinya di Damansara, di sini pada Rabu.

Berita pemergian Ahmad, 80, yang juga merupakan Sasterawan Negara ke-11 itu dikongsikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Rabu.

“Warga Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Sasterawan Negara Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah atau Kemala. Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang besar kepada negara khasnya dalam dunia sastera tanah air.

“Allahyarham memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sastera tanah air dan nusantara. Allahyarham sentiasa memberikan kerjasama yang sangat baik dan bergiat aktif bersama-sama DBP demi bahasa dan persuratan Melayu.

“Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” menurut hantaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!