Harap Bajet 2022 beri kebaikan kepada rakyat Kelantan: Ahmad
KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan berharap pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat akan memberi kebaikan kepada rakyat terutama di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, adalah menjadi harapan besar pihaknya agar kebajikan rakyat diteruskan dengan peruntukan-peruntukan yang telah dirancang kerajaan.
"Bajet pun belum dibentangkan lagi. Kita tunggu dan harap banyak beri kebaikan kepada rakyat Kelantan nanti.
"Dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pun kerajaan banyak tertumpu kepada negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di pantai timur termasuk Kelantan.
"Kita berharap hasil pembentangan nanti akan ada kebaikan untuk rakyat Kelantan, Insya-ALLAH," katanya kepada pemberita ketika hadir menyampaikan Amanat Khas 31 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.
Bajet 2022 dijadual dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!