40 rumah kongsi hangus di Taman Melati
Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak dengan empat jentera dikejarkan ke lokasi.
"Kita menerima panggilan pada jam 5.40 pagi melibatkan kebakaran 40 buah rumah kongsi.
"Sebaik tiba, api masih marak di rumah kongsi yang didiami pekerja binaan itu," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, api berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian dan padam sepenuhnya jam 8.12 pagi," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!