Rimau lepasi ranjau Mongolia

Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar sekali lagi menjadi wira apabila meledak gol kemenangan Malaysia pada minit ke-40.
Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar sekali lagi menjadi wira apabila meledak gol kemenangan Malaysia pada minit ke-40.
A
A
A

SKUAD Bawah 22 tahun (B-22) negara mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan selepas berjaya menewaskan Mongolia 1-0 dalam saingan Kumpulan J kempen kelayakan pada Khamis.

Dalam aksi di Stadium MFF, Ulaanbaatar di Mongolia itu, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar sekali lagi menjadi wira apabila meledak gol kemenangan Malaysia pada minit ke-40.

Gol tunggal itu sudah cukup buat Malaysia meraih kemenangan kedua berturut-turut, sekali gus membolehkan anak-anak buah Brad Maloney menerajui Kumpulan J dengan merekodkan enam mata - dua mata di depan pencabar terdekat, Thailand.

Biarpun sekadar menang tipis, Maloney tetap berpuas hati dengan prestasi skuad kendaliannya itu yang dianggap berjaya menyerap asakan Mongolia sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

“Pada awal kami tidak menjangkakan Mongolia akan beraksi dengan sangat kompetitif dan fizikal. Tapi kami bermula dengan permainan yang mana kami sudah rancang dan kami mendapat hasilnya.

“Walaupun kami berpeluang untuk menambah dua atau tiga gol lagi, tapi keputusan hari ini tetap memuaskan. Apa yang penting, kami meraih tiga mata,” katanya dalam sidang media secara maya pada Khamis.

Dengan enam mata maksimum yang diperoleh ketika ini termasuk kemenangan 1-0 ke atas Laos pada Isnin lalu, Malaysia bakal membuat perhitungan dengan Thailand Ahad ini bagi menentukan juara Kumpulan J.

Artikel Berkaitan:

Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan selepas berjaya menewaskan Mongolia 1-0
Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan selepas berjaya menewaskan Mongolia 1-0

Maloney berkata, beliau menjangkakan tugas sukar bakal dihadapi anak-anak buahnya dalam pertemuan menentang Thailand memandangkan lawan mereka itu turut mengintai peluang untuk bergelar juara kumpulan.

“Thailand mempunyai beberapa pemain yang mempunyai larian pantas.

“Mereka juga memiliki beberapa pemain berkualiti yang dijangka mampu memberi ancaman merbahaya kepada kami.

“Mereka ada beberapa pemain yang bermain di luar negara. Jadi saya menjangkakan perlawanan menentang Thailand lebih sukar tetapi kami tetap akan bersedia menghadapi perlawanan itu nanti.

“Pertama sekali terima kasih kepada rakan sepasukan kerana bekerja keras untuk menang perlawanan ini.

“Saya harap perlawanan akan datang kita dapat buat sehabis baik untuk capai sasaran layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!