Baik pulih ekonomi, kembali hidup normal

Gambar kecil: Rizal Jaapar
Gambar kecil: Rizal Jaapar
A
A
A

SHAH ALAM - Bajet 2022 diharap mampu membaik pulih ekonomi negara seterusnya mengembalikan hidup masyarakat kepada keadaan normal seperti sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Rizal Jaapar berkata, ia adalah peluang terbaik kerajaan mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap kebolehupayaan mereka membantu golongan terjejas akibat Covid-19.

“Kita sudah mula dengar ada kata-kata yang mengatakan ini belanjawan retorik atau belanjawan pilihan raya. Kita harap itu tidak berlaku. Saya fikir ini peluang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, kerajaan diharap memberi perhatian khusus kepada golongan usahawan bumiputera yang terjejas sehingga terpaksa menutup perniagaan mereka.Menurutnya, ia merupakan satu kerugian kerana golongan tersebut merupakan enjin kepada ekonomi negara dan dijangkakan lebih 100,000 usahawan bumiputera akan terpaksa gulung tikar.

“Kita ada lontarkan beberapa cadangan, antaranya kita perlu ada dana khusus yang dipanggil dana pusingan. Dengan ada dana ini kita bagi peluang untuk usahawan ini hidup kembali,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!