Ronaldo menanti anak kembar bersama Rodriguez
Bintang Manchester United itu memberitahu perkhabaran gembira itu melalui akaun media sosial Instagram miliknya, pada Khamis.
“Berbesar hati untuk mengumumkan kami menantikan anak kembar. Hati kami penuh dengan kasih sayang, kami tidak sabar untuk bertemu dengan awak,” kata pemain Portugal berusia 37 tahun itu.
Ronal telah bergelar bapa kepada empat anak.
Kenyataan itu disertakan dengan gambar pasangan itu dengan Ronaldo memegang gambar ultrabunyi.
Anak lelaki sulung pemain bola sepak itu, Cristiano Junior, dilahirkan pada Jun 2010.
Tujuh tahun kemudian, pada Jun 2017, Ronaldo menjadi bapa kepada kembar Eva dan Mateo.
Alana Martina, dilahirkan pada November 2017, adalah anak pertama dengan Rodriguez.
Pada 2017, Ronaldo memberitahu France Football bahawa dia mahukan tujuh orang anak. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!