Cubaan larikan 21 anak anjing bernilai RM168,000

Anak anjing yang ditemui dalam kenderaan berkenaan.
Anak anjing yang ditemui dalam kenderaan berkenaan.
A
A
A

RANTAU PANJANG – Tindakan seorang lelaki melarikan diri bersama 21 ekor anjing bernilai RM168,000 gagal apabila berjaya ditahan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA 9) di Taman Permai, Gual Nering, di sini, awal pagi Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pihaknya melakukan rondaan dan pemantauan pada jam 6.30 pagi di sekitar Pengkalan Haram Kubang Rambutan.

“Semasa rondaan, anggota kami melihat sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram tersebut. Pegawai dan anggota yang terlibat cuba menahan kenderaan berkenaan namun pemandu tidak memberhentikan kenderaan dan bertindak memecut lari menuju ke arah Pasir Mas.

Sangkar yang ditemui dalam kenderaan berkenaan yang menyimpan 21 ekor anak anjing.
Sangkar yang ditemui dalam kenderaan berkenaan yang menyimpan 21 ekor anak anjing.

“Pegawai dan anggota terus mengekori kenderaan berkenaan dan pemandu bertindak mengubah haluan ke jalan menghala ke Taman Permai, Gual Nering dan berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal di bahagian dalam kenderaan berkenaan menemui sembilan unit sangkar yang di dalamnya terdapat 21 ekor anak anjing.

Beliau berkata, anak anjing berkenaan di percayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) 2011.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!