Raduncanu puas hati mara ke suku akhir

Aksi Raducanu pada kejohanan berkenaan. - Foto Reuters
Aksi Raducanu pada kejohanan berkenaan. - Foto Reuters
A
A
A

JUARA Terbuka Amerika Syarikat (US Open), Emma Raducanu berpuas hati kerana telah menemui semula rentak kemenangannya apabila berjaya mara ke suku akhir juara Terbuka Transylvania, pada Khamis.

Malah menurut pemain berusia 18 tahun itu, dia juga dan berazam untuk mara hingga ke final kelak bagi menambahkan lagi koleksi kejuaraan yang dimilikinya.

“Saya cukup berpuas hati dengan kejayaan mara ke suku akhir dan berharap untuk terus mara hingga ke final, kelak.

“Apa pun secara keseluruhannya, saya akan terus cuba lakukan yang terbaik pada kejohanan kali ini.

“Untuk pengetahuan, saya masih lagi dalam proses ‘pembelajaran’ dalam setiap perlawanan yang dilalui dan setakat ini saya fikir saya masih bukan merupakan pemain yang terbaik,” katanya.

Raducanu melangkah ke suku akhir Terbuka Transylvania apabila menewaskan pemain ranking ke-59 dunia, Ana Bogdan 6-3,6-4 pada pusingan kedua kejohanan pada Khamis.

Sebelum itu pada Selasa, Raducanu telah dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain ranking ke-124 dunia Polona Hercog sebelum menang 4-6, 7-5, 6-1.

Sementara itu Raducanu menyatakan rasa teruja kerana berpeluang beraksi berdepan pemain dari Romania, Bogdan pada kejohanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, agak jarang untuknya berdepan dengan pemain dari negara tersebut dan kesempatan berdepan Bogdan disifatkannya agak istimewa.

“Teruja rasanya dapat beraksi dengan pemain dari Romania kali ini. Bagi saya, Bogdan merupakan pemain yang baik dan saya menerima tentangan hebat kali ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!