Dua terbunuh, ratusan penduduk dipindahkan akibat banjir di Bandung

 Penduduk meredah banjir di sebatang jalan di Dayeuhkolot, Bandung.
Penduduk meredah banjir di sebatang jalan di Dayeuhkolot, Bandung.
A
A
A

BANDUNG - INDONESIA . Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan enam lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat dan banjir teruk melanda beberapa tempat di Indonesia.

Keadaan itu memaksa hampir 300 penduduk dipindahkan ke kawasan tinggi, kata agensi bencana pengurusan bencana Indonesia (BNBP) hari ini.

Hujan lebat memaksa paras sungai Citarum yang digelar sebagai 'sungai paling kotor di dunia' melimpah dan menyebabkan banjir kilat sehingga melumpuhkan sebahagian besar kawasan di Pulau Jawa.

Situasi itu sekali gus menjejaskan aktiviti harian hampir 30,000 penduduk di berpuluh komuniti di pinggir kota Bandung.

"Tiga penduduk cedera dan enam orang masih hilang," kata jurucakap BNBP, Sutopo Purwo Nugroho. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!