Diskaun untuk peminjam PTPTN bermula 1 November ini

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kemudahan itu pertamanya melibatkan diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Kedua, diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan ketiga diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!