Imigresen sambut baik penambahan empat pintu masuk baharu

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud
A
A
A

SHAH ALAM - Penambahan empat pintu masuk imigresen baharu di Sarawak membolehkan kawalan kemasukan warga asing dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Khairul Dzaimee Daud memberi penghargaan kepada Kementerian Kewangan di atas kelulusan yang diumumkan pada Bajet 2022.

"Langkah seterusnya selepas ini ialah mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri kerana ia melibatkan urusan pengambilan tanah dan kelulusan pihak berkuasa tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, pihaknya akan memberi fokus kepada sistem automasi di pintu masuk baharu dan sedia ada supaya masa menunggu dapat dipercepatkan.

Pada Jumaat menerusi pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan menambah empat pintu masuk imigresen baharu antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak.

Ia secara langsung bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan melalui imigresen susulan perubahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo jajaran Telok Melano.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!