500 umat Islam bantah hina nabi

Sebahagian NGO, pemimpin politik hadir pada perhimpunan bantah penghinaan terhadap nabi Muhammad di lamam tempat letak kereta Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak, di sini, petang tadi.
Sebahagian NGO, pemimpin politik hadir pada perhimpunan bantah penghinaan terhadap nabi Muhammad di lamam tempat letak kereta Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak, di sini, petang tadi.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kira-kira 500 umat Islam mengadakan perhimpunan aman membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W di tempat letak kereta Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak, di sini, petang tadi.

Perhimpunan selama sejam bermula jam 2.05 dan berakhir jam 3.05 petang itu anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut menggabungkan UMNO dan Pas selain disertai orang ramai.

Terdahulu, orang ramai bersembahyang Jumaat di Masjid itu dan kemudian bersama-sama bergerak ke ruang tempat letak kereta bagi menyertai perhimpunan berkenaan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, umat Islam tidak berpuas hati dengan keputusan diambil Peguam Negara, Tommy Thomas dalam menangani isu beberapa individu yang bersikap biadab memperlekeh agama Islam dan Nabi Muhammad.

“Peguam Negara patut bertindak pantas terhadap pihak yang menghina agama Islam serta Nabi Muhammad.

“Kita bimbang jika perkara ini tidak ditangani dengan betul, lebih ramai individu melakukan perkara sama sekali gus mencabar kesabaran orang Islam yang selama ini sangat bertoleransi dengan agama-agama lain.

“Justeru, perhimpunan ini adalah isyarat jelas yang umat Islam bangkit membantah pihak yang cuba memperkecilkan agama Islam,” katanya.

Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, kerajaan digesa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menghina nabi Muhammad S.A.W.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan baik, maka peguam negara perlu meletak jawatan.

"Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan tiada mana-mana pihak atau pun individu yang menghina kesucian Islam dan junjungan besar Muhammad," katanya.

#sabakbernam 500 umat Islam bantah hina nabi MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SABAK BERNAM - Kira-kira 500 umat Islam mengadakan perhimpunan aman membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W di lamam tempat letak kereta Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak, di sini, petang tadi.

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Friday, March 8, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!