Manchester United perlu contohi karakter Tyson Fury

Solskjaer
Solskjaer
A
A
A

OLE Gunnar Solskjaer berkata, pemain-pemain Manchester United perlu mengambil aura positif juara tinju dunia, Tyson Fury ketika bangkit di ambang kekalahan menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), menentang Tottenham Hotspur, awal pagi Ahad.

"Ya, sudah semestinya pemain-pemain boleh mengangkat tangan, namun itu bukan corak persembahan tradisi kelab ini. Malah kita perlu menilai kembali mengapa tindakan tersebut bukan gaya permainan sebenar kelab ini.

“Saya menggunakan analogi bahawa Manchester United merupakan seorang peninju yang dijatuhkan dalam empat minit pertama atau pusingan pertama.

"Kami mempunyai peluang, apabila kami bolos satu gol, kami mahu menyelesaikannya segera. Namun sebaliknya kami bersikap terlalu terbuka dan panik apabila berdepan kelab yang lebih baik seperti Liverpool.

“Anda lihat situasi Tyson Fury apabila dia dijatuhkan beberapa kali, sungguh menakjubkan apabila dia tenang berdepan kiraan lima, enam, tujuh, sebelum dia bangun kemudian meneruskan pertarungan.

“Kami bangun terlalu awal dan cuba menyusunnya. Fikiran mesti lebih," ujar pengendali The Red Devils yang juga bekas bintang Manchester United tersebut.

Untuk rekod, Fury mengekalkan kejuaraan heavyweight dunia apabila menewaskan Deontay Wilder dengan pukulan knockout di pusingan ke-11 dalam pertarungan di T-Mobile Arena.

Deontay pada perlawanan berintensiti tinggi itu berjaya menjatuhkan Fury sebanyak dua kali berbanding hanya sekali oleh lawannya.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan perkara yang gagal dilakukan para pemain The Red Devils ketika ketinggalan empat gol pada babak pertama sebelum tunduk mengalah 0-5 kecemerlangan Liverpool dalam perlawanan di Stadium Old Trafford sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!