Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal setakat pagi Sabtu

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling dan Pendang kekal seramai 241 mangsa daripada 64 keluarga, setakat pagi Sabtu. - Foto fail Bernama
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling dan Pendang kekal seramai 241 mangsa daripada 64 keluarga, setakat pagi Sabtu. - Foto fail Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling dan Pendang kekal seramai 241 mangsa daripada 64 keluarga, setakat pagi Sabtu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam kenyataan hari ini berkata di Baling, 46 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Banggol Derom.

"Sementara itu, di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, 26 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS itu manakala 21 mangsa daripada lapan keluarga pula ditempatkan di SK Siong.

"Di SK Titi Gantung, sembilan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di situ. Kesemua PPS ini masih beroperasi berikutan paras air banjir yang masih belum surut akibat hujan turun lebat," katanya.

Sementara itu, bagi daerah Pendang seramai 139 mangsa daripada 35 keluarga ditempatkan di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!