Hilang ketika menyelam di pulau

Empat rakan mangsa cuba untuk mencari mangsa sebelum bot yang dinaiki mereka rosak berhampiran Pulau Ketam.
Empat rakan mangsa cuba untuk mencari mangsa sebelum bot yang dinaiki mereka rosak berhampiran Pulau Ketam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Seorang lelaki dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti menyelam bersama rakan-rakannya di sekitar kawasan Pulau Selat Kering, di sini, pagi Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru dengan menggerakkan Kapal Maritim (KM) Danga dan bot Kilat 20.

Menurutnya, rakan-rakan mangsa cuba untuk mencari mangsa tetapi bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan berhampiran Pulau Ketam.

"Mangsa, Roslan, 45, warga tempatan dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti selaman pada jam 11.40 pagi semalam (Jumaat) sebelum disedari empat rakan yang turut sama menjalankan aktiviti selaman ketika itu.

KM Danga dan bot Kilat 20 digerakkan dalam operasi Carilamat seorang lelaki yang dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di sekitar kawasan Pulau Selat Kering, Pelabuhan Klang, pagi Jumaat.

"Setibanya di lokasi, Maritim Malaysia menemui bot mereka di tepi pantai Pulau Ketam namun tidak dapat merapat kerana air surut. Sekitar jam 6.20 petang bot RSYC621 yang dinaiki mangsa berjaya dibaiki dan dibawa pulang," katanya.

Menurut Mohammad Rosli, pencarian mangsa yang bermula pada Jumaat disambung jam 7 pagi Sabtu dan masih berlangsung.

"Orang awam dinasihatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan aktiviti di laut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!