Pekerja kilang maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Mangsa maut di tempat kejadian.
Mangsa maut di tempat kejadian.
A
A
A

JASIN - Seorang pekerja kilang maut apabila motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 9 Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) di Sungai Rambai di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd Shahridzuan Ali, 37, dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Muar sebelum terlibat kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang beralamat di Taman Merdeka, Batu Berendam meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa melepasi persimpangan lampu isyarat Tambak Merah, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Camry dari susur kiri keluar dengan laju.

"Mangsa yang tercampak ke laluan bertentangan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit, seorang remaja berusia 18 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!