'Tebing runtuh ancam nyawa pengguna jalan raya'
LARUT - Satu runtuhan tebing berhampiran Kampung Kurnia, Batu 21, Batu Kurau di sini berlaku mengakibatkan jalan utama dari Rendang Panjang ke Kubu Gajah tidak selamat untuk digunakan.
Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, runtuhan berkenaan berlaku akibat mendapan pada jambatan di Sungai Jelutong kesan hujan lebat sejak tengah hari pada Sabtu.
Panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau pada jam 2.53 petang.
"Runtuhan dan mendapan yang berlaku mengakibatkan jalan ini berisiko untuk dilalui oleh kenderaan.
"Setakat ini tiada mangsa terlibat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!