Covid-19: China lapor 59 kes penularan tempatan
BEIJING -Tanah besar China pada Jumaat melaporkan 59 kes baharu Covid-19 melibatkan penularan tempatan, menurut laporan harian Suruhanjaya Kesihatan Nasional.
Sebanyak 26 kes dilaporkan di Heilongjiang, 19 di Mongolia Dalam, 11 di Gansu, dua di Beijing, dan satu di Ningxia, lapor Agensi Berita Xinhua.
Selain itu, 19 kes import baharu turut dicatatkan termasuk tujuh pembawa tidak bergejala yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut suruhanjaya itu tiada kes baharu kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!