10,000 pembantu tabika Kemas masih terima pendapatan RM500 sebulan

Mahdzir pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 Kali Ke-16 di Hotel Raia, Alor Setar pada Sabtu.
Mahdzir pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 Kali Ke-16 di Hotel Raia, Alor Setar pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan berusaha memperjuangkan nasib pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di tabika Kemas yang masih memiliki pendapatan di bawah gaji minimum.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kertas berkaitan isu pembantu tabika Kemas berkenaan telah sampai dari Ibu Pejabat Kemas kepada kementerian.

Mahdzir berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengangkat isu ini, yang mana terdapat lebih kurang 10,000 pembantu Kemas di seluruh negara yang menerima RM500 sebulan.

"Dahulu, mereka ini merupakan golongan sukarelawan yang masak di tabika pada waktu tengahari, bagaimanapun sekarang ini pembantu Kemas datang dari pagi hingga petang juga.

"Jadi, mereka diberi sedikit elaun namun ketika ini jumlah itu tidak sesuai, maka kita akan buat mengikut proses perkhidmatan kerajaan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu pendapatan pembantu Kemas di bawah gaji minimum.

Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 Kali Ke-16 di Hotel Raia di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!