Umat Islam jangan terperangkap sentimen kaum, agama
Mohamad Sabu (dua, kiri) menyampaikan watikah pelantikan sebagai Ketua Penyelaras Amanah Bahagian kepada Ketua Pemuda Amanah Sabah Rendy Ismail (tiga, kiri) selepas merasmikan penutup Konvensyen Amanah hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kumpulan itu sengaja menggunakan cara sentimen untuk muncul dan 'bangun' segera sekali gus menghindar dari isu penyelewengan harta yang dilakukan oleh pemimpin mereka .
"Kita (Pakatan Harapan) baru mengambil alih pemerintahan enam bulan, jadi apa yang boleh membantu 'mereka' segera untuk bangun? tidak lain, tidak bukan adalah isu perkauman dan keagamaan.
"Ceramah paling mudah (bangkit sentimen) adalah hujah perkauman dan sebab itu kita kena berjaga-jaga, sentiasa berhujah biar berilmu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis konvensyen Parti Amanah Negera (Amanah) peringkat Sabah di sini, hari ini.
Katanya, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar kesan akibat bakaran sentimen di beberapa negara Islam yang kini hancur termasuk di Syria, Libya, Iraq, Somalia dan Afghanistan.
Berkongsi perkara itu, Mohamad sekadar mahu menyedarkan bahawa isu kuil di Selangor yang berlaku baru-baru ini bukan berkaitan isu perkauman dan perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik serta rundingan tetapi terdapat pihak mengambil kesempatan menyemarakkan semangat perkauman.
Sementara itu, katanya pemimpin dalam Pakatan Harapan diharap dapat telus dan jujur dengan rakyat sebagai usaha memenangi hati akar umbi.
"Pemimpin peringkat negeri dan pusat sekarang jangan buat begitu (seperti kerajaan lama banyak isu penyelewengan) kita bila kita kerajaan tidak ada duit, ceramah (jelaskan) dengan rakyat, rakyat boleh terima.
"(Cara ini kita guna) Sebab itu kita menang empat pilihan raya sebelum ini di Sungai Kandis, Balakong, Port Dickson dan Seri Setia," katanya yang turut yakin Pakatan Harapan akan menang sekiranya ada pilihan raya lagi di Rantau dan Cameron Highlands.
Dalam pada itu, Mohamad turut mengingatkan semua anggota Pakatan Harapan tidak mendabik dada dengan kemenangan pada pilihan raya lalu sebaliknya terus kukuh bersatu antara sesama parti iaitu Parti Keadilan Rakyat, DAP, Amanah, BERSATU, serta Parti Warisan Sabah.
"BN yang begitu kuat kita lihat, tetapi bila satu cabangnya mula lemah, akhirnya kalah dengan MIC lemah pada 2008 kemudian MCA dan tinggal Umno, " katanya dalam PH perbezaan pandangan akan dibincangkan dalam mesyuarat PH. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!