'Kerjasama dengan UMNO, terserah pada Pas' - Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Minum Petang bersama Profesional Melaka hari ini.- Foto Bernama
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Minum Petang bersama Profesional Melaka hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan Pas untuk membuat keputusan berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu akan meneruskan strategi yang telah dibincangkan dan dirancang serta bersedia dengan untuk pertembungan tiga penjuru.

"UMNO pada Perhimpunan Agung dia telah buat keputusan tak nak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi, kita tak akan tunggu dan teruskan persiapan kita untuk pilihan raya negeri ini.

"Sama ada tiga penjuru ke, empat penjuru ke, kerana bagi saya ini adalah cabaran dan kita berusaha untuk menawarkan pilihan yang terbaik untuk negeri Melaka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama profesional Melaka di sini pada Sabtu.

Khamis lepas, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November ini. -Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!