Pemain ragbi negara era 80-an meninggal dunia

Mohd Rafee Md Aris meninggal dunia pada Sabtu.
Mohd Rafee Md Aris meninggal dunia pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Arena sukan ragbi negara menerima perkhabaran duka apabila bekas pemain kebangsaan Mohd Rafee Md Aris meninggal dunia pada Sabtu.

Difahamkan, Allahyarham Mohd Rafee, 58, yang juga pemangku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YRAM) didapati tidak sedarkan diri ketika sedang bermesyuarat di Putrajaya sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia oleh doktor setibanya di hospital.

“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan ringkas Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) pada Sabtu.

Menurut KRM, Mohd Rafee pernah menyarung jersi kebangsaan sekitar akhir tahun 1980-an selain mewakili pasukan Kuala Lumpur, Selangor dan Kelab Anchorman ketika bergiat aktif dalam sukan ragbi suatu masa dahulu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!