Pilihan raya umum Jepun bermula

Fumio Kishida (tengah) mengangkat tangan semasa kempen partinya. Foto AFP
Fumio Kishida (tengah) mengangkat tangan semasa kempen partinya. Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Pilihan raya umum Jepun bermula pada Ahad pagi, menyaksikan Perdana Menteri, Fumio Kishida memohon mandat rakyat untuk menyokong dasarnya berhubung Covid-19, ekonomi dan keselamatan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Parti Demokratik Liberal (LDP) dan sekutunya Komeito menyasarkan untuk mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia menjadi ujian besar pertama bagi Kishida sejak beliau memegang jawatan pada 4 Oktober.

Perdana menteri baharu itu berikar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sambil mengagihkan semula lebih banyak faedah ekonomi kepada kelas pertengahan di bawah wawasannya dikenali 'kapitalisme baharu'. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!