UK sumbang 20 juta dos vaksin AstraZeneca kepada negara miskin

Kerajaan Britain mengumumkan akan menyumbang 20 juta dos vaksin Covid-19 'Oxford-AstraZeneca' kepada negara yang memerlukan menjelang akhir tahun ini. - Foto Agensi
Kerajaan Britain mengumumkan akan menyumbang 20 juta dos vaksin Covid-19 'Oxford-AstraZeneca' kepada negara yang memerlukan menjelang akhir tahun ini. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Kerajaan Britain mengumumkan akan menyumbang 20 juta dos vaksin Covid-19 'Oxford-AstraZeneca' kepada negara yang memerlukan menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian komitmen United Kingdom (UK) untuk menderma 100 juta dos vaksin.

Perdana Menteri, Boris Johnson menyeru rakan-rakan pemimpin negara G-20 untuk membantu memvaksin penduduk dunia menjelang akhir tahun depan, lapor Agensi Berita Petra memetik kenyataan kerajaan Britain pada Sabtu.

“UK menghantar 10 juta dos vaksin 'Oxford-AstraZeneca' kepada inisiatif COVAX dan beberapa minggu lagi ia akan menyampaikan tambahan 10 juta vaksin kepada golongan rentan di dunia,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dengan sumbangan tambahan berkenaan ia bermakna 30.6 juta dos vaksin 'Oxford-AstraZeneca' akan diberikan kepada mereka yang memerlukan tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!