4,000 biji karipap hangus

Faridah dan suami, Wan Omar menunjukkan kuih tepung bungkus yang selamat dari kebakaran sehingga memusnahkan rumah mereka.
Faridah dan suami, Wan Omar menunjukkan kuih tepung bungkus yang selamat dari kebakaran sehingga memusnahkan rumah mereka.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Diharap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang berpaku terhadap pasangan suami isteri Faridah Mat Zin, 54, dan suami, Wan Omar Wan Samat, 57, yang sudah menyiapkan dua jenis kuih untuk dijual hari ini.

Sejak awal pagi mereka sudah bangun menyiapkan kuih-kuih ini, namun segalanya musnah sekelip mata apabila rumah mereka terbakar pagi tadi.

Kejadian jam 7 pagi itu bukan sahaja menyebabkan mereka serta empat anak tinggal sehelai sepinggang malah peralatan membuat kuih yang dianggarkan berjumlah lebih RM50,000 turut musnah.

"Saya sempat kukus 200 biji kuih tepung bungkus.

"Lepas tu, saya ke bilik kejutkan suami untuk solat Subuh, bila pergi dapur semula, tengok-tengok api dah marak," ceritanya.

Tidak ada apa yang mampu diselamatkan, kerana api marak terlalu cepat.

"Anak saya telefon bomba. 4,000 biji karipap yang masih dalam peti sejuk pun tak sempat lagi saya goreng, semuanya dah habis," katanya.

Faridah yang merupakan peserta Projek Azam Tani berkata, kebakaran itu juga menyebabkan dia dan keluarga putus mata pencapaian.

Artikel Berkaitan:

"Saya dan suami bergantung sepenuhnya kepada kerja-kerja membuat kuih yang sudah dilakukan sejak 30 tahun lalu.

"Inilah mata pencarian utama saya dan suami membesarkan anak-anak," katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana suami dan anak-anaknya selamat.

Buat masa ini dia dan ahli keluarga menumpang sementara waktu di rumah sanak saudara.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Islam nombor akaun 03-027-02-029-9991-0 atas nama Faridah Mat Zain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!