Kes Covid-19 menurun, 4,979 kes baharu hari ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 2,471,642
“Daripada 5,854 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 85 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat, dan lima.
“Sementara itu, 4,894 kes (98.3 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 23 kes import melibatkan 16 warganegara dan tujuh bukan warganegara.
Katanya, kes tempatan pula adalah sebanyak 4,596 kes iaitu 4,737 warganegara (95.6 peratus) dan 219 bukan warganegara (4.4 peratus).
“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 562 kes iaitu 501 kes disahkan Covid-19 dan 61 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.
“Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 326 kes iaitu 220 kes disahkan Covid-19 manakala 106 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,”
kata beliau.
Sementara itu kata Dr Noor Hisham, sebanyak 6,715 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,374,761 dan enam kluster baharu.
Sehingga 31 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,979 kes (2,471,642 kes).
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 31, 2021
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/VEtQ278wJX