Agong, Permaisuri zahir takziah pemergian Masing

Foto: FB Istana Negara
Foto: FB Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing awal pagi Ahad.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Sarawak.

"Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negeri Sarawak," menurut kenyataan Istana Negara di laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh sejak 1983 itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching kira-kira jam 7.05 pagi pada usia 72 tahun.

James Masing dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada bulan September lepas, kerana disahkan positif Covid-19 sebelum dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!