Buat huru-hara, 'Karen' dikompaun RM3,000

Video memaparkan wanita berkenaan membuat kecoh di sebuah pasar raya di ibu kota sehingga tular di media sosial.
Video memaparkan wanita berkenaan membuat kecoh di sebuah pasar raya di ibu kota sehingga tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang wanita warga asing yang diberi jolokan 'Karen' oleh warganet dikompaun RM3,000 kerana enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sebuah butik mewah di pusat membeli-belah Suria KLCC di sini.

Wanita terbabit mendakwa menerima ugutan daripada seorang kakitangan bertugas di pintu masuk butik dengan mendakwa dirinya disentuh, selain turut mendakwa ditolak dalam satu klip video tular.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, wanita tersebut dikenakan kompaun di atas dua kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

"Kesalahan pertama adalah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila tidak mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas.

"Kesalahan kedua ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis," katanya dalam satu satu kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, polis sedang mengesan wanita tersebut apabila sekali lagi dirakamkan bertikam lidah apabila dihalang daripada memasuki sebuah pasar raya di Bangsar kerana tidak memakai pelitup muka.

Klip video berdurasi 20 saat turut tular menerusi media sosial memaparkan wanita yang dipercayai berusia 51 tahun itu bertikam lidah ketika ditahan di sebuah pasar raya oleh pengawal keselamatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!