Pemotong kelapa sawit ditahan kes rogol, bunuh adik ipar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang pemotong kelapa sawit ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang remaja dipercayai adik iparnya yang berusia 17 tahun dalam kejadian di Pasir Mas, pada Jumaat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek yang berusia 30 tahun ditahan pada jam 4 petang.

"Polis menerima maklumat berkaitan kematian seorang remaja perempuan berumur 17 tahunpada Sabtu (29 Oktober) sekitar jam 6.30 petang.

"Keesokan harinya pada jam 8.45 pagi, hasil keputusan bedah siasat daripada Pakar Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan ‘Asphyxia’ (lemas udara)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Shafien berkata, pengesahan awal bedah siasat yang dilakukan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan luka di bahagian muka, tengkuk dan koyakan baru pada kemaluan remaja berkenaan.

Menurutnya, pada jam 4 petang sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dengan Kerjasama Pasukan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan membuat tangkapan ke atas suspek.

Shafien berkata, pemeriksaan ke atas tubuh suspek mendapati kesan calar pada bahu kirinya.

Katanya, suspek direman tujuh hari bermula dari Ahad hingga Sabtu depan.

Artikel Berkaitan:

"Kami syak ia berpunca daripada cakaran kuku dan siasatan awal mendapati suspek yang tinggal serumah dengan mangsa bekerja sebagai pemotong kelapa sawit.

"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!