RM1 bilion galak usahawan e-dagang

Annuar (tengah) bersama dua wakil penerima geran MDEC di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.
Annuar (tengah) bersama dua wakil penerima geran MDEC di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KERAJAAN memperuntukkan dana lebih RM1 bilion menerusi Bajet 2022 bagi program membantu usahawan industri kecil, sederhana dan mikro khususnya dalam menggalakkan mereka menyertai e-dagang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelbagai program yang bertujuan mendigitalisasikan rakyat itu dilaksanakan di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Berdasarkan prestasi tahun lalu, beliau berkata, lebih 200,000 usahawan terbabit dalam pelaksanaan program e-dagang dan jumlah itu disasarkan meningkat lebih tinggi pada masa depan.

“Pelbagai program akan dilaksanakan menerusi dana lebih RM1 bilion tersebut; antaranya Digital Nomad dan program-program bagi menggalakkan kandungan digital dilaksanakan di bawah MDEC.

“Kita menyasarkan semua yang berniaga akan memperoleh persekitaran digital termasuk penjaja di tepi jalan dengan menyertai konsep e-dagang,” katanya kepada pemberita di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini pada Ahad.

Annuar (dua dari kanan) melawat ke gerai pameran peserta #SayaDigital di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.
Annuar (dua dari kanan) melawat ke gerai pameran peserta #SayaDigital di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.

Beliau sebelum itu merasmikan program Jelajah #SayaDigital Keluarga Malaysia @ Kelantan dan menyampaikan Smart Automotion Grant (SAG) bernilai RM99,650 kepada Salamku Supermarket Sdn Bhd Wakaf Bharu.

Turut disampaikan ialah geran 2020 Digital Content Creators Challenge (Dc3) bernilai RM25,000 kepada projek Komik Jejon Takes Fuji-san.

Artikel Berkaitan:

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, usaha menggalakkan rakyat terlibat e-dagang akan dilakukan secara meluas merentasi sempadan dan sehingga ke akar umbi.

“Program kembara digital akan dilakukan di seluruh negara bagi mengelakkan berlaku jurang digital antara peniaga-peniaga kecil dan sederhana mahupun mikro atau yang baru bermula.

“MDEC mengendalikan program #SayaDigital dengan baik, antaranya menerusi latihan dan kemahiran asas digital yang diberikan kepada komuniti selain membawakan figura terkenal bagi berkongsi kisah kejayaan berkait e-dagang sebagai inspirasi kepada para peserta,” jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!