Seorang lagi mangsa serangan bom tangan di Jammu meninggal dunia
SIRNAGAR - JAMMU DAN KASHMIR. Seorang mangsa yang cedera dalam serangan bom tangan di sebuah perhentian bas di bandar Jammu semalam meninggal dunia.
Mangsa hanya dikenali sebagai Riyaz dilaporkan berasal dari Anantnag di wilayah bergolak Kashmir.
Kematian pemuda tersebut menjadikan mangsa terkorban akibat serangan itu meningkat kepada dua orang.
Dalam kejadian semalam, seorang remaja disahkan terbunuh ketika dirawat di hospital.
Serangan bom tangan itu berlaku tepat tiga minggu selepas serangan bunuh diri menyasarkan konvoi membawa 40 anggota separa tentera India di Kashmir.
Militan berpangkalan di Pakistan, Jaish-e-Mohammad (JeM) mengaku mendalangi serangan tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!