Sembilan anggota bomba maut ketika latihan dalam gua

Selepas operasi menyelamat hampir 12 jam, sembilan mayat ditemukan dan seorang mangsa lagi dihantar ke hospital akibat hipotermia dan masalah pernafasan.
Selepas operasi menyelamat hampir 12 jam, sembilan mayat ditemukan dan seorang mangsa lagi dihantar ke hospital akibat hipotermia dan masalah pernafasan.
A
A
A

SAO PAULO - Sembilan anggota bomba maut, manakala seorang lagi diselamatkan dalam kejadian runtuhan gua di Sao Paulo, Brazil pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku pada Ahad ketika 26 anggota bomba sedang melakukan sesi latihan di gua yang terletak di perbandaran Altinopolis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Selepas operasi menyelamat hampir 12 jam, sembilan mayat ditemukan dan seorang mangsa lagi dihantar ke hospital akibat hipotermia dan masalah pernafasan, menurut Jabatan Bomba.

Mangsa yang maut itu termasuk dua anggota bomba wanita. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!