'SMS MKN pesakit Covid-19 hubungi talian kecemasan tak masuk akal'

Dr Lee Boon Chye
Dr Lee Boon Chye
A
A
A

KUALA LUMPUR – Cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pesakit Covid-19 yang bergejala bertambah teruk menghubungi talian 999 dikritik ahli Parlimen pembangkang.

Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) berkata, cadangan itu disifatkannya sebagai tidak masuk akal oleh MKN.

“Cadangan daripada MKN ini, saya pasti ada input daripada Kementerian Kesihatan. Tetapi ini cadangan yang tidak masuk akal,” katanya semasa soalan tambahan dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada Ahad, beliau menyatakan menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada MKN yang menyatakan sekiranya pesakit Covid-19 yang positif berada di rumah, perlu memantau diri sendiri setiap hari dan sekiranya gejala bertambah teruk agar segera hubungi 999.

Boon Chye menegaskan, cadangan seperti ini akan membebankan panggilan kecemasan 999 dan sistem perkhidmatan ambulans.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!