‘Jangan tekan sangat kerajaan ini’

Anwar. Foto fail Bernama
Anwar. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa 'tidak menekan kerajaan' mengenai isu perjudian.

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) secara sinis berkata, kerajaan yang ada pada masa ini tidak mempunyai manifesto atau perjanjian.

“Port Dickson (Anwar), janganlah tekan sangat kerajaan ini. Mereka bukan ada manifesto, mereka bukan ada apa yang mereka janjikan.

“Oleh itu, apa yang boleh dapat duit mereka buat sahajalah. Jadi janganlah Port Dickson tekan kerajaan yang tidak ada manifesto ini,” katanya sini ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Anwar kemudiannya menjelaskan perkara yang dibangkitkannya itu bukan setakat manifesto yang ditulis oleh parti politik.

“Ini manifesto kita sebagai rakyat Malaysia apatah lagi orang Islam yang sekarang atas nama kerajaan Melayu Islam lebih galak aktiviti perjudian,” katanya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terdahulu dalam sesi perbahasan Bajet 2022 membangkitkan isu perjudian yang disifatkan sebagai mengejutkan bahawa ada penambahan pusat perjudian yang tidak mempunyai lesen melibatkan kira-kira 62 kelab.

Katanya, perkara seperti ini melanggar undang-undang dan dilakukan dalam keadaan terbuka oleh kerajaan Melayu Islam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!