Jawatankuasa MoU perlu ambil perhatian isu dibangkitkan: Anwar

Anwar Ibrahim - Foto fail Bernama
Anwar Ibrahim - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik perlu mengambil perhatian mengenai isu yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam Bajet 2022.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat beberapa perkara yang dikemukakan oleh mereka sebelum ini tidak dijawab oleh kerajaan.

“Saya minta satu hal yang kadang-kadang kita sentuh secara sembunyi tidak dijawab (oleh kerajaan).

“Jadi saya minta jawatankuasa MoU ambil perhatian perkara ini dan bawa kepada perhatian kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Kerajaan dan PH pada 13 September lalu telah menandatangani MoU Tranformasi dan Kestabilan Politik.

Mengulas lanjut, ketua pembangkang itu turut menegaskan, soalan yang dibangkitkan mereka tidak boleh tidak boleh dibiarkan dan perlu dijawab.

“Umpamanya kontrak Kementerian Pertahanan yang kita bangkitkan berulang kali, tidak dijawab,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!