Bomba selamatkan balak Gunung Korbu

Kawasan hutan di Gunung Korbu berjaya dipadamkan sepenuhnya, hari ini.
Kawasan hutan di Gunung Korbu berjaya dipadamkan sepenuhnya, hari ini.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Operasi memadam kebakaran di Hutan Simpan Gunung Korbu melibatkan kawasan seluas 12 hektar sejak Selasa lalu, berjaya dipadamkan hari ini.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, hanya 30 peratus kawasan hutan yang terletak antara penempatan Pos Yum dan Kuala Mu terbakar.

Menurutnya, sejumlah 31,500 liter air digunakan bagi membantu pemadaman kawasan kebakaran bertompok-tompok yang melibatkan pokok buluh dan renek.

"Pemeriksaan lanjut diteruskan dengan membuat tinjauan menggunakan dron milik Jabatan Perhutanan negeri bagi memastikan tiada lagi sisa kebakaran ditinggalkan.

Dron milik Jabatan Perhutanan Perak digunakan bagi membuat tinjauan memastikan tiada lagi tompok asap dikesan sebelum operasi pemadaman dihentikan sepenuhnya.
Dron milik Jabatan Perhutanan Perak digunakan bagi membuat tinjauan memastikan tiada lagi tompok asap dikesan sebelum operasi pemadaman dihentikan sepenuhnya.

"Hasil pemantauan mendapati terdapat satu tompokan asap dan ketua operasi mengarahkan untuk membuat tinjauan sekali lagi bagi memastikan ia benar-benar padam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, kekuatan 30 anggota bomba melibatkan pelbagai unit termasuk Multi Skill Team (MUSTeam) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) serta 20 pegawai Jabatan Perhutanan dan polis terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu.

"Kita menghadapi kesukaran kerana bentuk muka bumi yang berbukit dan sumber air terhad, namun Unit Udara JBPM membantu dengan menggunakan teknik bom air.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan di kawasan kebakaran seluas 12 hektar digunakan dengan menggunakan dron.
Tinjauan di kawasan kebakaran seluas 12 hektar digunakan dengan menggunakan dron.

"Sebanyak 21 kali bom air digugurkan dalam operasi itu. Operasi tamat pada jam 1.01 petang dan semua anggota bersama jentera diarahkan bergerak semula ke Balai Bomba Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Ipoh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Hutan simpan di Perak terbakar

Kebakaran hutan simpan merebak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!