Haris fokus bantu pemulihan Selangor

Haris
Haris
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baharu, Datuk Haris Kasim berazam untuk fokus membantu menjayakan proses pemulihan wabak Covid-19 di negeri tersebut.

Menurut Haris, pihaknya akan meneruskan misi dan visi yang digariskan dalam memastikan proses pemulihan itu berjalan lancar dengan sebaiknya.

Berikutan itu, beliau memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua kakitangan awam di Selangor bagi menjayakan hasrat tersebut.

"Saya ambil amanah dan tanggungjawab atas lantikan ini sebagai satu cabaran serta terima kasih kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas lantikan ini," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Selangor, Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan Siemens Malaysia yang berlangsung di Hotel Le Meridean, pada Isnin.

Haris pada Isnin memulakan tugasannya secara rasmi bagi menggantikan penyandang jawatan berkenaan, Datuk Azmie Diron.

Beliau sebelum ini pernah bertugas di beberapa agensi milik kerajaan negeri dan jawatan terakhirnya adalah sebagai Pegawai Kewangan Selangor.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu dan beliau berkeyakinan dengan pengalaman dimiliki oleh Haris.

Beliau berkata, pertukaran Azmie adalah atas arahan dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang menginginkan khidmat beliau di peringkat Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!