1.3 juta pelajar belajar secara bersemuka

Radzi (kanan) bertemu dengan murid tahun satu di SK Ayer Molek, di sini, pada Isnin.
Radzi (kanan) bertemu dengan murid tahun satu di SK Ayer Molek, di sini, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Lebih 1.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah bagi empat buah negeri Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada Isnin.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, empat negeri yang telah beralih ke fasa itu adalah Melaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persektuan Putrajaya dan Selangor.

Menurut beliau, daripada jumlah itu seramai 694,531 membabitkan murid sekolah rendah Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) manakala bagi sekolah menengah, membabitkan seramai 652,148 pelajar bagi Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat.

"Ini bermakna jumlah murid yang hadir ke sekolah meningkat berbanding dengan minggu-minggu sebelumnya.

"Jika kita melihat kemasukan yang berperingkat ini membolehkan kita mengawal dan memantau keadaan di sekolah bagi memastikan keadaannya teratur dan selamat bagi kehadiran murid ke sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Mengulas lanjut beliau berkata, selain pemantauan di sekolah, pihaknya juga mengadakan sesi libat urus bersama semua guru termasuk guru prasekolah dan ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, sesi libat urus berkenaan membabitkan dua perkara iaitu berkaitan pengoperasian dan menumpukan penerangan konsep `Sekolahku Sejahtera' yang akan dilaksanakan oleh kementerian itu.

"Kita turun ke bawah berbincang dengan ibu bapa bagaiamankah cara terbaik untuk kita memastikan konsep Sekolahku Sejahtera ini dapat dilaksanakan dengan baik.

"Secara umumnya ini adalah usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dan penting dalam kehiudpan ini kepada anak-ank kita di sekolah dari peringkat umur mereka masih kecil," katanya.

Dalam lawatan berkenaan beliau turut bertemu dengan murid-murid di kelas tahun satu dan tahun dua.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!