Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara bermula 1 November

Semua taman eko-rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara kepada orang ramai selama empat bulan bermula 1 November.Gambar hiasan
Semua taman eko-rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara kepada orang ramai selama empat bulan bermula 1 November.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Semua taman eko-rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu ditutup sementara kepada orang ramai selama empat bulan bermula 1 November.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan Rani berkata, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.

“Penutupan kawasan ini bermula 1 November hingga 28 Februari depan.

“Bermula hari ini, semua aktiviti bagi tujuan rekreasi, trekking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpan Kekal adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, Roslan berharap orang ramai mematuhi arahan penutupan itu dan tidak melakukan aktiviti yang dilarang bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!