STB galak pelancong guna e-dompet melancong ke Sabah

Jafry mengimbas QR kod aplikasi Boost sebagai simbolik majlis pelancaran kerjasama Boost dengan STB di Kota Kinabalu.
Jafry mengimbas QR kod aplikasi Boost sebagai simbolik majlis pelancaran kerjasama Boost dengan STB di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menggalakkan penggunaan kaedah tanpa tunai atau e-dompet dalam usaha mempromosikan pelancongan di negeri ini menerusi kempen #MansauSabahBoostku.

Kempen itu dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penyedia khidmat e-dompet iaitu aplikasi Boost.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, pengumuman membenarkan rentas negeri bermula 1 November dan rentas daerah bermula 14 Oktober lalu untuk tujuan sosial termasuk pelancongan merupakan berita baik untuk pemain industri pelancongan di Sabah.

"STB akan terus memastikan destinasi pelancongan di Sabah mendapat perhatian pelancong termasuk melakukan kempen kesedaran serampang dua mata iaitu dalam dan luar talian.

"Selaras dengan itu, industri pelancongan negeri menerima langkah ke arah trend tanpa tunai termasuk melalui kerjasama dengan Boost.

"Aplikasi ini digunakan di seluruh negara dan sudah tiba masanya kami memanfaatkan pengguna e-dompet. Kita mengalakkan pihak berkepentingan pelancongan untuk mengambil peluang ini bagi memaksimumkan pengguna sasaran," katanya katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kerjasama Boost dengan STB, di sini pada Isnin.

Sebelum itu, beliau turut berkongsi kelebihan aplikasi itu dengan hanya menebus bintang 388 Boost dan pengguna akan mendapat nilai sebanyak RM100 untuk dibelanjakan dengan mana-mana rakan kongsi STB di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!