MIDF Research jangka aktiviti ekonomi terus pulih

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MIDF Research menjangkakan aktiviti ekonomi akan terus pulih sejajar dengan peralihan negeri-negeri ke fasa akhir Pelan Pemulihan Negara dan kelonggaran selanjutnya dalam sekatan pergerakan.

Firma itu dalam Tinjauan Ekonomi Bulanan berkata, pemulihan perbelanjaan domestik dan aktiviti perniagaan akan menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mulai suku keempat 2021 serta berterusan apabila keyakinan meningkat susulan pembukaan semula ekonomi dan keadaan pandemik yang semakin mereda.

“Selain itu, Malaysia akan terus mendapat manfaat daripada permintaan global yang semakin melonjak terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik (E&E) serta komoditi.

“Walaupun penutupan penuh akan mengheret pertumbuhan pada suku ketiga 2021, kami menjangkakan ekonomi akan kembali ke laluan pemulihan mulai suku keempat 2021,” katanya.

MIDF Research walaupun mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2021 pada +4.6 peratus dari tahun ke tahun, ia tetap berhati-hati memandangkan risiko kepada prospek mungkin datang daripada kesesakan rantaian bekalan global, kelembapan ekonomi China dan ketidaktentuan membabitkan krisis kesihatan global.

Sementara itu, ia juga menjelaskan indeks pelopor Malaysia (LI) menguncup sebanyak -2.3 peratus dari tahun ke tahun pada 21 Ogos (21 Julai adalah sebanyak -4 peratus).

Penurunan dalam isyarat LI yang lebih perlahan mencerminkan peningkatan dalam momentum pertumbuhan Malaysia bagi tempoh terdekat.

Seretan ke bawah dalam LI menunjukkan pengurangan dalam bilangan unit perumahan yang diluluskan pada bulan tersebut. Berbanding bulan sebelumnya, LI melantun semula dan naik +1.1 peratus dari bulan ke bulan berbanding Julai 2021 sebanyak 0.6 peratus dari bulan ke bulan, pengembangan bulanan pertama selepas jatuh selama empat bulan berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

Kenaikan bulanan ini disokong oleh peningkatan dalam jangkaan nilai jualan pembuatan; Indeks Bursa Malaysia; import sebenar logam berharga asas lain dan logam bukan ferus lain; termasuk import sebenar semikonduktor.

Firma penyelidikan itu berkata penambahbaikan dalam keadaan ekonomi semasa dicerminkan oleh penguncupan yang lebih perlahan sebanyak -1.1 peratus dari tahun ke tahun Indeks Kebetulan (CI) (Julai 2021 sebanyak - 5.2 peratus), disebabkan oleh pemulihan dalam aktiviti pembuatan dan penggunaan domestik di tengah-tengah pelonggaran sekatan serta peralihan negeri ke fasa Pelan Pemulihan Negara.

Ia juga menjangkakan inflasi indeks harga pengeluar (PPI) akan kekal tinggi disokong oleh cabaran daripada kesesakan rantaian bekalan, kelewatan logistik serta harga tenaga dan input yang tinggi.

Bukan sahaja inflasi IHPR kekal di atas inflasi indeks harga pengguna (IHP) sejak Januari 2021, malah jurang itu juga semakin melebar dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila inflasi IHPR terus naik berbanding dengan inflasi IHP yang lebih stabil.

“Oleh itu, kami menjangkakan harga pengguna akan terus menokok apabila pengeluar meletakkan beban kenaikan kos kepada pengguna,” kata MIDF Research. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!