Melaka United bangkit ikat Kelantan United di Kota Bharu
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu yang mengesahkan slot ke pusingan suku akhir selepas menewaskan lawan sama 2-1 pada pertemuan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebelum ini terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-22' sebelum Sony Norde menyamakan kedudukan di minit ke-25'.
Bagaimanapun anak buah Nazrulerwan Makmor yang tampil dengan misi menebus kekalahan pada Jumaat lalu sekali lagi di depan hasil jaringan Gassama pada minit ke-39, bagi mendahului babak pertama.
Pelawat yang kemudian memperkemaskan corak permainan pada babak kedua, menyamakan kedudukan menerusi S Kumaahran pada minit ke-55' sebelum jaringan Shafizi Ikmal pada minit ke-78' meletakkan skuad Kijang Hijau kembali di depan.
Ketika tuan rumah berkira-kira meraih tiga mata pertama perlawanan peringkat kumpulan, Manuel Ott tampil dengan gol pada minit ke-84' untuk mengikat kedudukan 3-3 sekali gus memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Keputusan di Kota Bharu itu menyaksikan Melaka United terus memimpin Kumpulan C dengan mengumpul 10 mata manakala Kelantan United kekal di kedudukan keempat selepas mengutip satu mata setelah masing-masing mengharungi empat perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!