Fitri Haris lantik peguam jawab dakwaan UNIC
SEKITAR akhir tahun lalu kecoh di laman sosial melibatkan kumpulan nasyid UNIC yang tidak berpuas hati dengan bekas anggota mereka, Fitri Haris kerana masih menyanyikan lagu-lagu terdahulu pada setiap persembahannya.
Terbaru, menurut Fitri kepada Sinar Harian, ia sudah menjadi tindakan undang-undang.
"Sekarang ini masih lagi dalam fasa tindakan undang-undang. Orang luar cakap tak perlu kerana hal kecil sahaja, tak mengapa, saya faham.
"Tapi ini merupakan atas nasihat peguam dan juga kontrak-kontrak yang saya sudah tanda tangan sebagai duta dan selaku penjawat awam sebagai pensyarah.
"Kalau tak, saya tak ada wang untuk bayar beratus ribu ringgit seandainya dilucutkan.
"Mereka pun dah dapat surat peguam dan jawab. Kiranya sekarang ini urusan antara peguam saya dan pihak sebelah sana," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fitri yang ditemui pada sidang media Karnival Bling Bling Tour 2019 bertempat di The Embassy, The Starling Mall, berkongsi, bakal mengadakan persembahan pada Konsert Amal 4nomena pada bulan April depan.
Tentang karnival yang akan diadakan pada hujung Mac ini bakal menjelajah ke empat buat negeri iaitu di Melaka, Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor.
Antara rakan artis yang terut serta dalam acara itu nanti adalah ikon fesyen terkenal, Wak Doyok selain penyanyi terkenal seperti Fitri Haris, Hafiz Hamidon dan Ameer Forteen serta ramai lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!