Hujan lebat dua jam, Alor Gajah dilanda banjir

Anggota APM sedang memindahkan penduduk terjejas banjir di Taman Murai jaya Durian Tunggal pada malam Isnin.
Anggota APM sedang memindahkan penduduk terjejas banjir di Taman Murai jaya Durian Tunggal pada malam Isnin.
A
A
A

ALOR GAJAH - Sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di kawasan Durian Tunggal yang menempatkan 159 mangsa membabitkan 40 keluarga susulan banjir kilat petang Isnin.

Tiga PPS itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah,PPS Dewan Japarun Durian Tunggal dan

Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS SJKC Sin Wah menempatkan seramai 81 mangsa daripada 19 keluarga.

Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sin Wah yang dibuka pada Isnin.
Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sin Wah yang dibuka pada Isnin.

Sementara itu katanya, PPS Dewan Japarun Durian Tunggal menempatkan 54 mangsa daripada 11 keluarga dan PPS SK Durian Tunggal pula menempatkan seramai 24 mangsa membabitkan 10 keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Difahamkan hujan lebat lebih dua jam bermula jam 4.30 petang Isnin menyebabkan beberapa kediaman penduduk termasuk di Bukit Balai, Taman Murai Jaya dan Kampung Pandang Keladi dinaiki air.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!