Angka korban Covid-19 melebihi lima juta

Angka korban akibat Covid-19 di dunia sudah melebihi lima juta dalam tempoh kurang dua tahun. Foto AFP
Angka korban akibat Covid-19 di dunia sudah melebihi lima juta dalam tempoh kurang dua tahun. Foto AFP
A
A
A

ANKARA- Angka korban akibat Covid-19 di dunia sudah melebihi lima juta dalam tempoh kurang dua tahun, menurut Johns Hopkins University pada Isnin.

Data dari pusat pengajian yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan lebih 246.7 juta orang telah dijangkiti virus yang muncul di China pada Disember 2019, dan sejak itu ia merebak ke setiap pelosok dunia, menurut Agensi Anadolu.

Dengan hampir 46 juta jangkitan dan lebih 745,800 kematian, AS kekal negara yang mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian tertinggi. Diikuti India dengan 34.2 juta dan Brazil sebanyak 21.8 juta jangkitan.

Dari segi korban berkaitan Covid-19 pula, Brazil di kedudukan kedua selepas AS dengan 607,824 kematian, manakala India mencatat kematian ketiga tertinggi dengan 458,437.

Sementara itu, Mexico kekal antara negara dengan jumlah korban yang tinggi akibat pandemik itu, dengan 288,365 kematian dilaporkan setakat ini, katanya.

Sepanjang bulan lepas, Rusia terus mencatatkan rekod tertinggi kematian harian COVID-19, manakala lebih 50 juta orang telah lengkap divaksinasi di negara itu, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Data Johns Hopkins juga menunjukkan lebih 6.94 bilion dos vaksin telah diberikan setakat ini. Vaksin mRNA menunjukkan keberkesanan yang luar biasa dalam memerangi jangkitan.

Namun, kemunculan varian baharu di seluruh dunia menimbulkan kebimbangan saintis mengenai sama ada vaksin akan kekal berkesan dalam memerangi mutasi. -Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!