Melaka United bangkit 'ikat' Kelantan

Antara aksi menarik perlawanan Melaka United menentang Kelantan United di Kota Bahru, malam ini. FOTO: Melaka United Football Club
Antara aksi menarik perlawanan Melaka United menentang Kelantan United di Kota Bahru, malam ini. FOTO: Melaka United Football Club
A
A
A

MELAKA United membuktikan skuad Hang Tuah itu berada pada tahap terbaik untuk mencipta kejutan pada saingan Piala Malaysia apabila bangkit mengikat Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu yang mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan lawan sama 2-1 pada pertemuan di Stadium Hang Jebat sebelum ini terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan dari luar kotak penalti Yuki Tanigawa pada minit ke-22' sebelum Sony Norde menyamakan kedudukan di minit ke-25'.

Bagaimanapun anak buah Nazrulerwan Makmor yang tampil dengan misi menebus kekalahan pada Jumaat lalu sekali lagi di depan hasil jaringan pemain import dari Gambia, Gassama Alfusainey pada minit ke-39, bagi mendahului babak pertama.

Pelawat yang kemudian memperkemaskan corak permainan pada babak kedua, menyamakan kedudukan menerusi S Kumaahran pada minit ke-55' sebelum jaringan

pemain gantian Shafizi Iqmal Md Khairudin pada minit ke-78' meletakkan skuad Kijang Hijau kembali di depan.

Ketika tuan rumah berkira-kira meraih tiga mata pertama perlawanan peringkat kumpulan, pemain import pelawat dari Jerman, Manuel Ott tampil dengan gol pada minit ke-84' untuk mengikat kedudukan 3-3 sekali gus memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Keputusan di Kota Bharu itu menyaksikan Melaka United terus memimpin Kumpulan C dengan mengumpul 10 mata manakala Kelantan United kekal di kedudukan keempat selepas mengutip satu mata setelah masing-masing mengharungi empat perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!