'Janji lantikan tetap hanya umpan, pengorbanan doktor kontrak tak dihargai'

Kumpulan Hartal Doktor Kontrak akan menganjurkan mogok kedua sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan melalui Bajet 2022 yang memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan tidak menawarkan jawatan tetap.
Kumpulan Hartal Doktor Kontrak akan menganjurkan mogok kedua sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan melalui Bajet 2022 yang memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan tidak menawarkan jawatan tetap.
A
A
A
KUALA LUMPUR- Kumpulan Hartal Doktor Kontrak akan menganjurkan mogok kedua sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan melalui Bajet 2022 yang memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan tidak menawarkan jawatan tetap.

Kata mereka, lanjutan kontrak itu membuang masa kerana tidak menjanjikan sebarang peluang dan jaminan kerjaya yang menjadi tuntutan utama mereka.

"Lima tahun dalam perbincangan. Masih tiada penyelesaian.

"Janji lantikan tetap dengan KWSP yang sering kali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.

"Setelah dua tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan Covid-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai.

"Dengan ini, kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai protes," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun wakil gerakan itu Dr Mustapha Kamal bagaimanapun tidak menyebut bila mogok kedua itu akan dilakukan.

Julai lalu, pergerakan itu mendorong ratusan doktor kontrak daripada seluruh negara untuk mogok dengan berhenti tugas selama 10 minit dan berpakaian hitam sebagai tanda protes terhadap status lantikan mereka.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak telah berkempen untuk menamatkan "sistem dua peringkat" semasa antara doktor pelatih tetap dan mereka yang berkontrak di hospital kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Doktor kontrak tidak layak mendapat biasiswa pascasiswazah tempatan untuk menjadi pakar dan juga tidak dijamin jawatan tetap selepas kontrak lima tahun.- Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!